# 1 Surat untuk Kasih: Digital Kali Pertama

 20250421, 2014


Daripada Tuan Ali kepada Kasih.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Harap kamu berada dalam keadaan yang sihat sentiasa. Insya-allah. Bagaimana dengan pelajaran ? Kami dimaklumkan bahawa minggu ini minggu ke-7 untuk kamu bukan ? Wah, sekejap sahaja masa berlalu ya. Kami minta maaf tak dapat nak berbual dan berhubung selalu. Kami tidak mampu. Bagaimana keadaan ayah dan ibu ? Masih baik-baik sahaja ? Sihat ? Alhamdulillah.


Kasih, 

Ini kali pertama kami cuba tulis warkah secara bertaip. Sebelum ini kami menulis juga tapi menggunakan pen.Kami ambil maklum segala yang telah kamu beritahu. Tulisan kami tidak fahm dan sukar untuk dibaca. Kami akui perkara itu. Lagi satu bila kami tulis surat, mungkin kami tak dapat baca semula selepas diberikan kepada kamu. Mungkin dengan cara begini, kami akan dapat membaca berulang kali dan warkah ini akan kekal untuk ditatapi. 


Perkembangan kami ? Kami alhamdulillah masih waras… 5555555555. Banyak tugasan yang perlu disiapkan dan banyak juga projek akan datang. Kami kurang periksa, kadang-kadang kami ada juga teringat tentang Kasih. Cuma untuk hubungi Kasih, mungkin tidak. Kami tahu Kasih sibuk. Tambah-tambah lagi bila perlu memegang banyak jawatan bukan ? Tidak mengapalah, pelajaran lebih utama, Sejak sebulan yang lepas kami tidak sempat langsung untuk menulis sebarang surat. Maafkan kami. Banyak cerita yang kami nak beritahu, banyak cerita yang kami nak dengar juga. 


Kasih,

Bagi kamu apa yang dimaksudkan dengan masa depan ? Soalan yang agak biasa. Bukan semua orang mampu menjawab. Bagi kami masa depan ialah masa yang dicari sekarang. Andai baik masa yang dibentuk sekarang, insya-Allah. Cerahlah, masa depan itu. Begitu juga sebaliknya. Kami ingin berkeluh kesah kepada kamu, namun apakan daya. Tidak mengapalah. 


Kasih,

Sebenarnya banyak cerita-cerita menarik yang kami nak ceritakan kepada kamu hair luput dari ingatan kami. Kita bukan apa-apa. Hanya kawan. Mengapa aku perlu bersedih dan terasa hati apabila ada orang lain yang boleh kau bawa bincang untuk mendengar segala permasalahan kau ? Aku mungkin berlebihan dalam berperasaan. Ya, aku sangat berlebihan. Kau berhak untuk berkawan dengan sesiapa yang kau mahu. Aku tiada sebarang hak untuk menghalang kan ? 


Terkadang sedikit demi sedikit rasa mula pudar. Mungkinkah sebab jarang berkomunikasi ? Mungkin ? Entah apalah yang aku fikirkan… 


Aku perlu bergegas ini. Mohon maaf kalau warkah ini pendek. Teruskan berusaha dan belajar bersungguh-sungguh nah ! Jumpa lagi di lain masa. 


20250421

  • T.A.N 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

#2 Kita ini apa ?