Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2025

# 1 Surat untuk Kasih: Digital Kali Pertama

  20250421, 2014 Daripada Tuan Ali kepada Kasih. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Harap kamu berada dalam keadaan yang sihat sentiasa. Insya-allah. Bagaimana dengan pelajaran ? Kami dimaklumkan bahawa minggu ini minggu ke-7 untuk kamu bukan ? Wah, sekejap sahaja masa berlalu ya. Kami minta maaf tak dapat nak berbual dan berhubung selalu. Kami tidak mampu. Bagaimana keadaan ayah dan ibu ? Masih baik-baik sahaja ? Sihat ? Alhamdulillah. Kasih,  Ini kali pertama kami cuba tulis warkah secara bertaip. Sebelum ini kami menulis juga tapi menggunakan pen.Kami ambil maklum segala yang telah kamu beritahu. Tulisan kami tidak fahm dan sukar untuk dibaca. Kami akui perkara itu. Lagi satu bila kami tulis surat, mungkin kami tak dapat baca semula selepas diberikan kepada kamu. Mungkin dengan cara begini, kami akan dapat membaca berulang kali dan warkah ini akan kekal untuk ditatapi.  Perkembangan kami ? Kami alhamdulillah masih waras… 5555555555. Banyak tugasan yang perlu disiap...