Catatan

#2 Kita ini apa ?

  Hai, kau sihat kah ? Aku harap kau sihat dan terus bersemangat.  Aku terkejut dengan  mesej kau yang tuba-tiba. Sedangkan aku buat status hanya untuk mengenang semula peristiwa setahun lalu. Aku tak tahu nak mula dari mana, cuma ada banyak soalan yang aku nak pastikan penjelasan. Kita ni apa ya ? Maksud aku… Kau anggap aku ni apa ? KIta ada hubungan yang lebih dari kawan ke ? Mungkin kau rasa janggal dengan soalan ni. Tapi, aku rasa aku perlu jawapan yang jelas daripada kau.  Aku bukan sesiapa dalam hidup kau kan ? Aku… Hanya tempat kau berteduh kan ? Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi… Mungkin aku yang banyak fikir sebenarnya… Aku tak pernah pun tahu apa yang kau alami, aku tak pernah pun tahu apa yang kau rasa, aku tak pernah pun cuba faham apa yang kau suka buat… Semua salah aku, kan ? Buat orang yang aku sayang, orang yang aku kasih. Kau rasa kenapa aku buat semua ni ? Kau rasa kenapa aku kena tanggung semua ni seorang diri ?

# 1 Surat untuk Kasih: Digital Kali Pertama

  20250421, 2014 Daripada Tuan Ali kepada Kasih. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Harap kamu berada dalam keadaan yang sihat sentiasa. Insya-allah. Bagaimana dengan pelajaran ? Kami dimaklumkan bahawa minggu ini minggu ke-7 untuk kamu bukan ? Wah, sekejap sahaja masa berlalu ya. Kami minta maaf tak dapat nak berbual dan berhubung selalu. Kami tidak mampu. Bagaimana keadaan ayah dan ibu ? Masih baik-baik sahaja ? Sihat ? Alhamdulillah. Kasih,  Ini kali pertama kami cuba tulis warkah secara bertaip. Sebelum ini kami menulis juga tapi menggunakan pen.Kami ambil maklum segala yang telah kamu beritahu. Tulisan kami tidak fahm dan sukar untuk dibaca. Kami akui perkara itu. Lagi satu bila kami tulis surat, mungkin kami tak dapat baca semula selepas diberikan kepada kamu. Mungkin dengan cara begini, kami akan dapat membaca berulang kali dan warkah ini akan kekal untuk ditatapi.  Perkembangan kami ? Kami alhamdulillah masih waras… 5555555555. Banyak tugasan yang perlu disiap...